Monday, July 11, 2011

Bila Hati Kecilnya Menangis....

SI KECIL BERJALAN-JALAN DENGAN BAPANYA DI SEBUAH PASAR RAYA,
KALA BERJALAN, PANDANGAN TERARAH KEPADA ALAT PERMAINAN YANG MENARIK PERHATIANNYA,
SEGERA DIGAPAI TANGAN SI BAPA, MEMUJUK SUPAYA DIBELIKAN APA YANG TERLIHAT PADA PANDANGAN MATANYA,
PABILA TERLIHAT AKAN HARGANYA, SI BAPA MEMUJUK SI KECIL SUPAYA MEMILIH YANG LAIN,
TAPI SI KECIL MEMBERONTAK SEHINGGA SEMUA MATA TERARAH KEPADANYA,
SI KECIL MEMBERONTAK SEHINGGA MEREKA PULANG KE RUMAH,
PABILA DISURUH MAKAN, SI KECIL TIDAK MAHU, LALU RAJUKNYA SEHINGGA SI KECIL TERTIDUR,
SI BAPA, PERLAHAN-LAHAN MEMBUKA DAUN PINTU SUPAYA SI KECIL TIDAK TERJAGA,
DAN TERUS BERGERAK KE SEBUAH TEMPAT,
IAITU PASAR RAYA TEMPAT MEREKA TUJU BEBERAPA KETIKA DULU,
LANTAS SI BAPA MENGAMBIL PERMAINAN YANG DIIDAMKAN ANAKNYA,
PABILA DILIHAT HELAIAN KERTAS DALAM DOMPETNYA,
TERNYATA MUNGKIN HANYA ITULAH WANG BELANJANYA PADA KETIKA ITU,
AKAN TETAPI, WANG ITU SANGGUP DIHABISKAN DEMI SI KECILNYA YANG TERSAYANG,
PABILA TIBA DI RUMAH, PABILA SI KECIL TERLIHAT SUATU BUNGKUSAN YANG MENARIK PERHATIANNYA,
SEGERA SI KECIL AMBIL DARI TANGAN SI BAPA,
DAN BUNGKUSAN ITU SEGERA DIBUKA,
TERNYATA IANYA APA YANG DIIDAMKANNYA,
SI KECIL LANTAS MEMELUK BAPANYA,
DAN MENCIUM SI BAPA,
SI BAPA TERSENYUM,
TERNYATA SI BAPA TIDAK MAHU ANAKNYA TERUS BERSEDIH...



SUATU KETIKA SI GADIS MEMINTA KEBENARAN KEPADA SI BAPA UNTUK KELUAR BERSAMA RAKANNYA,
SI BAPA MEMBANTAH, DIBIMBANGI SI GADIS HANYUT DEGAN MAINAN DUNIAWI,
AKAN TETAPI,
SI GADIS MEMBERONTAK,JIWA REMAJANYA MEMBUAK-BUAK,
LANTAS DENGAN HENTAKAN KUAT LANGKAHNYA,
SI GADIS MENUJU KE ARAH BILIKNYA,
MENGUNCI DIRINYA,
SI BAPA,
TERPANCAR KERISAUAN DALAM BENAK HATINYA,
AKAN KERANA SETELAH BEBERAPA KETIKA,
SI GADIS TIDAK JUA KELUAR DARI TEMPAT RAJUKNYA,
KETUKAN DEMI KETUKAN DARI SI BAPA,
TAPI TIADA JAWAPAN,
SI BAPA, DENGAN RASA KASIH,
DI LUAR TEMPAT RAJUKNYA SI GADIS,
MELUAHKAN RASA BERSALAHNYA TERHADAP SI GADIS,
KATA-KATA YANG PENUH KASIH SAYANG, DAN DENGAN JANJI YANG TELAH DIBUAT,
SI GADIS KELUAR DARI TEMPAT RAJUKNYA,
LANTAS UBUN-UBUN SI GADIS DIUSAPNYA DENGAN PENUH KASIH,
DAN KEMUDIAN UBUN-UBUN SI GADIS DICIUM OLEH SI BAPA...



KELIHATAN SI PERAWAN ASYIK DENGAN PERMAINAN DUNIAWI,
TERLIHAT SI BAPA MEMEGANG SESUATU,
DAN SENYUMAN TERMANIS PERNAH DILIHAT DI WAJAHNYA,
SI PERAWAN LANTAS MENGAMBIL HELAIAN DALAM GENGGAMAN SI BAPA,
DAN PABILA DIAMATI,
IANYA SEBUAH IMPIAN,
IMPIAN SEMUA MANUSIA,
SI PERAWAN MEMELUK BAPANYA,
DAN KHABAR ITU DIKHABARKAN KEPADA SEMUA KENALAN SI BAPA,
SI PERAWAN DIHANTAR KE TEMPAT ISTIMEWA,
SEBUAH MENARA,
IAITU MENARA GADING,
PABILA TIBA MASANYA BERPISAH,
SI BAPA MEMBERI KATA-KATA SEMANGAT BUAT SI PERAWAN,
BAGAIMANA SUSAHNYA HIDUP TANPA KELUARGA DI SISI,
AKHIRNYA TINGGALLAH SI BAPA MENINGGALKAN SI PERAWAN....



KELETIHAN SI WANITA MEMBUAT TUGASAN,
DERINGAN PANGGILAN TERDENGAR DI PENDENGARANNYA,
LANTAS DICAPAI, DAN TERNYATA IANYA DARI SI BAPA,
TETAPI, SI WANITA MEMBALAS DENGAN NADA KERAS,
MENGATAKAN SI WANITA ITU TIADA MASA, 
DAN GAGANG DILETAK.......




SEJAK DARI KITA KECIL, APA YANG KITA IDAMKAN, AKAN KITA PEROLEH. TETAPI ADAKAH KITA TAHU, BAHAWA HATI KECILNYA SEDANG MENANGIS? KITA TIDAK TAHU. YANG KITA TAHU HANYA MAHUKAN APA YANG KITA IDAMKAN. DARI KECIL HINGGA DEWASA, ADA DI KALANGAN KITA YANG TERLUPA DENGAN PENGORBANAN SI AYAH. PABILA SUDAH BERJAYA, BAPA YANG AMAT KASIH KEPADA KITA DIABAIKAN.  SEDARLAH WAHAI KAWAN-KAWAN, HIDUP TIDAK SELALUNYA GEMBIRA. TIDAK SELALU APA YANG KITA IDAMKAN AKAN KITA PEROLEH SELAMANYA. HARGAILAH JASA SEORANG INSAN YANG BERNAMA BAPAMUNGKIN KETIKA INI HATI KECILNYA SEDANG MENANGIS..........



PERINGATAN DARI SI PERAWAN KEPADA INSAN YANG MENGENALI DIRINYA....

HUNNYRARA,
1215 A.M
11 JULY 2011

5 comments:

mida said...

wow..

nysah mydon said...

kesimpulannyer sayangi lah bapa anda :)

HUNNY RARA said...

mida: ape yg wow?

nysah: yup..thats the true meaning...:)

Aishah S.H said...

love them more than anything

HUNNY RARA said...

yup...huhuhu